Doaku Ya Allah .

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhamu, kecantikannya adalah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu, perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah dan jika di bumi, keluarkanlah., jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikanmu, keindahanmu, kekuatanmu, kekuasaanmu, limpahkan kepadaku segala yang engkau telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.


Penghantaran akan dibuat keseluruh Malaysia/Luar Malaysia termasuk sabah dan sarawak. ;)

Friday 8 February 2013

LOYA DAN MUNTAH SEMASA KEHAMILAN

Saya rasa teruk – adakah ia normal?


Berasa sakit berbanding dengan "berseri-seri" pada peringkat awal kehamilan adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza untuk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari.

Mabuk kehamilan boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan berhenti sekejap disebabkan anda tidak boleh menangani permintaan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain. Maklumkan kepada keluarga anda bagaimana mereka boleh membantu anda – dengan cara praktikal seperti membeli-belah, memasak, menjaga anak dan melakukan kerja rumah.

Ramai wanita perlu mengambil masa rehat bekerja disebabkan mabuk kehamilan. Anda mungkin tidak memberitahu sesiapa bahawa anda hamil tetapi ia amat sukar jika anda perlu sentiasa "menjaga penampilan" anda. Anda perlu memberitahu orang lain lebih awal mengenai kehamilan anda untuk mendapatkan sokongan dan bantuan yang anda perlukan.

 

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor saya?

Adalah amat penting untuk berbincang dengan doktor anda lebih awal sebab rawatan akan menjadi sukar apabila mabuk kehamilan semakin teruk. Anda perlu berjumpa dengan doktor anda sebaik saja simptom anda menjejaskan kehidupan anda. Walau bagaimanapun, sesetengah ahli profesional hanya akan menghiraukan muntah yang teruk, sebab ini boleh membawa kepada komplikasi kepada anda dan bayi anda, dan anda mungkin perlu berehat sehingga anda berasa lebih sihat.

Ramai doktor menganggap mabuk kehamilan adalah keadaan yang tidak serius. Tetapi kajian menunjukkan bahawa kadang-kala mereka menganggar kurang kesannya ke atas wanita hamil. Kajian telah menunjukkan bahawa sesetengah wanita merasakan loya adalah lebih teruk daripada muntah, sebab jika anda muntah, anda akan berasa lega buat sementara.

Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak boleh makan atau minum tanpa muntah dan berat badan berkurangan, anda mesti berjumpa dengan doktor anda. Anda boleh menjadi ternyahhidrat dan kekurangan nutrient. Rawatan awal akan mencegah sakit yang lebih teruk atau dimasukkan ke hospital untuk hiperemesis.

Jika anda sedang mempertimbangkan kehamilan lagi dan anda menderita teruk sebelum ini, rawatan awal boleh membantu mengelakkannya dari berlaku lagi.

 

Apa yang saya perlu lakukan untuk membantu diri saya?

Sudah pasti anda sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan – atau sekurang-kurangnya meminimumkan – loya anda juga boleh:

• Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.

• Makan apa dan bila anda kehendaki buat sementara waktu, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin (ENERGING SOY PROTIN ) dan vitamin B (B COMPLEX) . Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

• Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.

• Tulis dalam sebuah diari bila anda berasa lebih teruk – dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.

• Cuba minum di antara hidangan jika anda berasakan sukar untuk minum dan hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap – cuba menghisap ais kiub jika anda muntah air.

• Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

• Hidulah buah lemon – bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air yang membuih.

• Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil  (GARLIC SHAKLEE) . Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati – sebab ia tidak membantu semua orang.

• Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut – boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan – boleh mengurangkan loya dan muntah dalam sesetengah wanita.

Vitamin B6 (BCOMPLEX ) atau multivitamin kehamilan (VITALEA) boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

Terapi semula jadi seperti aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda – tetapi pergi ke pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

• Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda.

 

Apakah rawatan perubatan yang boleh didapati?

Bagi kebanyakan wanita, perubatan adalah langkah terakhir selepas semua perkara telah dilakukan dan gagal untuk membantu. Ramai wanita enggan untuk mengambil ubat semasa kehamilan dan anda mungkin tidak mahu menjalankan sebarang rawatan perubatan untuk mabuk kehamilan sebab risau ia akan membahayakan bayi anda.

Tetapi terdapat perubatan yang selamat dan efektif bagi mabuk kehamilan yang boleh digunakan bersama dengan pendekatan tanpa ubatan yang dicadangkan di atas. Anda boleh berhenti mengambil ubat-ubatan ini pada minggu ke-12 hingga 14 kehamilan apabila mabuk kehamilan anda sudah berkurangan.

Tetapi kesan talidomida telah menyebabkan ubat yang digunakan semasa kehamilan terpaksa menjalani ujian yang sangat ketat. Ubat piridoksina (vitamin B) dan antihistamina boleh membantu wanita yang mengalami mabuk kehamilan dan mempunyai jejak rekod keselamatan yang cemerlang dalam kehamilan. Tetapi bukan mudah untuk mendapatkannya.

 

Antihistamina atau penghalang H1

Terdapat banyak bukti menunjukkan bahawa antihistamina – ubat yang menghalang pengeluaran histamina semasa reaksi alahan – boleh membantu melegakan loya dan muntah semasa kehamilan. Antihistamina selalunya menyebabkan pening dan lebih baik diambil pada waktu malam.


 

Vitamin B6 (piridoksina)

Wanita yang mengalami mabuk kehamilan yang teruk mempunyai tahap vitamin B6 (B-COMPLEX) yang rendah. Kajian juga menunjukkan bahawa vitamin ini ini boleh membantu mabuk kehamilan tanpa memberi kesan sampingan. Walaupun ia boleh dibeli di kaunter, anda perlu meminta preskripsi daripada ahli obstretik anda. Dos yang dicadangkan untuk mabuk kehamilan ialah 10-25mg piridoksina, tiga atau empat kali sehari.

Multivitamin kehamilan seperti VITALEA iaitu vitamin yang berkualiti tinggi boleh mengurangkan simptom dalam sesetengah wanita. Tetapi anda harus beringat bahawa mengambil vitamin dan mineral semasa kehamilan adalah satu bentuk rawatan perubatan dan pastikan anda berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil apa-apa.






*** This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.



SID : 887015 |Zamzalina Samsuddin
TEL/SMS : 012-2767734
E-mail : zamzalina140381@yahoo.com

No comments: