Doaku Ya Allah .

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhamu, kecantikannya adalah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu, perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah dan jika di bumi, keluarkanlah., jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikanmu, keindahanmu, kekuatanmu, kekuasaanmu, limpahkan kepadaku segala yang engkau telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.


Penghantaran akan dibuat keseluruh Malaysia/Luar Malaysia termasuk sabah dan sarawak. ;)

Friday 14 December 2012

Testimoni - SLE DAN VIVIX



Dalam kita menjalani kehidupan seharian, sebenarnya kita tidak menyedari bahawa kita terdedah dengan jangkitan penyakit dan virus yang tersebar semakin hari semakin menular dikalangan penduduk dunia. Gaya hidup dan pemakanan sebenarnya banyak mempengaruhi sebab mengapa seseorang itu dijangkiti penyakit.

Bagaimana VIVIX membantu anda?

Mari kita lihat bagaimana vivix itu dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah kronik.

Di dalam VIVIX, Terdapat Anggur Muscadine yang mengandungi  resveratrol. Reveratrol ini berinteraksi dengan sasaran molekul berganda, dan kajian menunjukkan ia mempunyai kesan positif pada sel-sel payudara, kulit, gastrik, kolon, esophageal, prostat, dan kanser pankreas, leukemia, SLE dan kandungan gula dalam badan.

Pada bulan November 2008, penyelidik di Weill Medical College Universiti Cornell melaporkan bahawa suplemen pemakanan yang mempunyai resveratrol membantu mengurangkan pembentukan plak dalam otak haiwan, komponen Alzheimer dan lain-lain penyakit neurodegenerative.  Pada manusia, resveratrol boleh mengurangkan plak amiloid beta yang dikaitkan dengan perubahan penuaan di dalam otak. Berikut adalah testimoni dan berjaya pulih hasil mengambil VIVIX secara kosisten.

Testimoni VIVIX
 SLE /  systemic lupus erythematosus
 
SLE adalah radang kronik yang disebabkan penyakit auto imun dan terjadi apabila tisu badan diserang oleh sistem keimunan tubuh.  Sistem imun adalah sistem dalam tubuh yang sangat kompleks, direka bagi menentang ejen jangkitan penyakit seperti bakteria dan bendasing yang masuk ke tubuh. Bagaimanapun, bagi pesakit lupus, mereka menghasilkan antibodi abnormal dalam darah yang mensasarkan tisu dalam tubuh sendiri. Disebabkan antibodi dan sel pengiring radang boleh membabitkan mana-mana tisu dalam badan, lupus berpotensi menjejaskan mana-mana kawasan tubuh. Lupus boleh menyebabkan penyakit kulit, paru-paru, jantung, buah pinggang, sendi atau sistem saraf.

Lebih lima juta penduduk dunia menghadapi masa depan yang tidak menentu selepas didiagnos dengan masalah 'systemic lupus erythematosus' (SLE) atau singkatnya Lupus.  Lupus adalah penyakit yang menyerang individu berusia 15 hingga 44 tahun. Kebanyakan pesakit Lupus adalah wanita. Mereka biasanya diserang lupus pada usia kesuburan. Lupus sukar dikesan. Simptom utamanya sakit sendi, keletihan, ruam kulit dan demam sama seperti kebanyakan penyakit biasa. Keadaan itu menyebabkan pesakit menerima rawatan bagi penyakit yang tidak mereka alami. Sekiranya ia dikawal penyakit ini mungkin boleh membawa maut.

Pemangku Presiden Persatuan SLE Malaysia, Prof Madya Dr Esha Das Gupta, berkata lupus kurang dikenali sebagai masalah kesihatan global, justeru, tidak hairan ia kerap terpinggir dari segi kepentingan Bagaimanapun, katanya pengesanan awal, diagnosa dan rawatan boleh melambatkan komplikasi penyakit ini. Justeru, meningkatkan kesedaran mengenal simptom lupus tentu saja boleh membantu menyelamatkan nyawa.

"Begitupun apa yang berlaku sebaliknya kerana simptomnya seperti kebanyakan penyakit biasa. Doktor juga tersilap dalam membuat diagnosis dan kesilapan itu menyebabkan pesakit menderita untuk beberapa tahun atau lebih hingga diagnosis tepat dibuat," katanya.

Gejala
  • Ruam merah atau perubahan warna pada muka. Biasanya berbentuk rama-rama pada hidung dan mata.
  • Sendi membengkak dan sakit.
  • Demam tanpa sebab.
  • Sakit dada ketika menarik nafas panjang.
  • Kelenjar menjadi bengkak.
  • keletihan yang berlebihan.
  • Keguguran rambut yang luar biasa (terutama di atas kepala).
  • Jari tangan atau kaki menjadi pucat atau berwarna ungu kerana kesejukan atau tekanan.
  • Sensitif terhadap matahari.
  • Sel darah rendah.
  • Kemurungan, sukar menumpukan perhatian atau masalah ingatan.
  • Ulser mulut.
  • Sawan tanpa sebab.
  • Masalah mental.
  • Keguguran yang kerap.
  • Masalah buah pinggang
    Sumber: Persatuan SLE Malaysia.

Sinar Baru Buat Iffah "Senior kami".

Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RA atau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:
  • Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia
  • 1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2
  • 1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)
  • 2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak berjaya...
  • Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.
Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.
Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).
Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT..
 

No comments: