Doaku Ya Allah .

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhamu, kecantikannya adalah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu, perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah dan jika di bumi, keluarkanlah., jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikanmu, keindahanmu, kekuatanmu, kekuasaanmu, limpahkan kepadaku segala yang engkau telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.


Penghantaran akan dibuat keseluruh Malaysia/Luar Malaysia termasuk sabah dan sarawak. ;)

Thursday 6 December 2012

KENAPA KEKAL GEMUK



KENAPA IA TERJADI ? 
  • Tidak mengambil sarapan pagi ,
  • Ambil kuantiti yang banyak setiap kali makan
  • Kurang Minum air
  • Bersenam dengan perut yang kosong
  • Diet rendah kalori
  • Makan apa sahaja yang anda mahu
  • Mengambil makanan berlemak
Tubuh langsing dan sihat adalah idaman setiap wanita sehingga ada yang sanggup berdiet selama bertahun-tahun hanya untuk kekal langsing. Anda tidak perlu risau kerana ada cara mudah untuk tampil langsing walaupun tanpa bediet.

Makan sedikit tetapi kerap dapat meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan keinginan untuk makan dengan banyak.

Diantara tips-tips yang boleh diamalkan setiap hari ialah :-
  • MINUM BANYAK AIR - Minum air dapat membantu anda membakar kalori berlebihan dan membentuk badan yang langsing. Ia juga membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme tubuh dan menyingkirkan toksin.      
  •  Tips terbaik untuk minum air ialah pada waktu pagi selepas bangun dari tidur dan 30 minit sebelum waktu makan. Minum air sepanjang hari dan sekurang-kurangnya 240ML air sejuk atau air putih setiap kali
  • UTAMAKAN PROTEIN & KARBOHIDRAT KOMPLEKS  - Makanan protein dan karbohidrat kompleks membantu mengurangkan rasa lapar dan keinginan untuk makan, Meningkatkan tenaga dan menghalang keupayaan tubuh menyimpan lebihan kalori sebagai lemak.
  •  Tips amalkan makanan karbohidrat kompleks seperti sayuran hijau dan salad, buaha-buahan , beras, perang, pasta, oat, roti serta makanan berunsur gandum. Makanan berprotein adalah seperti daging, ikan, kacang dan kacang SOYA  ( ESP ) dan CINCH
  • LEBIHKAN MAKANAN KARBOHIDRAT KOMPLEKS SETIAP HARI - Melainkan jika anda bekerja diwaktu malam. Anda menggunakan tenaga yang banyak dan aktif disiang hari memerlukan lebih makanan untuk tubuh anda.
  •  Tips Untuk makan malam dan snek petang, satukan makanan berprotein dan karbohidrat yang boleh didapati dalam sayuran hijaundan salad. Kandungan makanan inin mengandungi kurang karbohidrat berbanding jumlah karbohidrat yang terdapat dalam makanan berasaskan bijirin. KURANGKAN PENGAMBILAN NASI kerana nasi mempunyai karbo yang tinggi.
  • MAKAN SETIAP DUA SETENGAH HINGGA TIGA JAM SEKALI  - Makan dengan kerap dapat meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan keinginan untuk makan dengan banyak.
  • Tips. Jangan abaikan sarapan pagi. makan tengahari dan makan malam setiap hari. Ambil makanan dengan kunatiti sedikit untuk waktu pertengahan pagi dan pertengahan petang serta ambil snek kecil selepas makan malam jika perlu.
  • BERSENAM SEKURANG-KURANGNYA 30 MINIT DAN 5 KALI SEMINGGU - Senaman yang konsisten adalah cara terbaik untuk mengurangkan berat badan dan tubuh kekal langsing.
  •  TIPS -Cara terbaik untuk pastikan anda melakukan senaman hampir setiap hari adalah dengan melakukan senaman yang seronok untuk dilakukan seperti berbasikal , bersiar-siar, berlari atau kelas senaman.
  • JANGAN HINDARKAN LEMAK MAKANAN  - Jangan hindarkan terus lemak makanan tetapi kurangkan pengambilannya. Lemak makanan dapat menimbulkan kepuasan hati dalam menikmati makanan serta mengandungi banyak nutrien yang penting yang baiki utk tubuh.
  • TIPS - Pilih produk makanan yang rendah lemak dan minyak seperti "flaxseed" zaitun dan bunga matahari. Elakkan makanan berkolestrol yang tinggi lemak tepunya seperti kek, biskut, susu, penuh lemak, makanan bergoreng dan daging berlemak.
TIPS PALING SENANG ;- Minum segelas air sebelum makan untuk menciptakan rasa kenyang dan mengelakkan anda dari makan dengan banyak.


Sumber : Perkahwinan | Dec 12

No comments: