Doaku Ya Allah .

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhamu, kecantikannya adalah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu, perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah dan jika di bumi, keluarkanlah., jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikanmu, keindahanmu, kekuatanmu, kekuasaanmu, limpahkan kepadaku segala yang engkau telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.


Penghantaran akan dibuat keseluruh Malaysia/Luar Malaysia termasuk sabah dan sarawak. ;)

Tuesday 25 December 2012

TIPS KAMAR

Elakkan Bilik Berbau Busuk

Selamat petang beautiful GIRL, hari ni saya nak share sikit mengenai tips-tips penjagaan kamar tidur anda supaya ia sentiasa berbau wangi dan sentiasa indah dipandangan mata. Ada sesetengah orang memang tak kisah pasal bilik tidur nie, tetapi ada sesetengah orang yang mmg sentiasa menjaga penampilan nie die mmg alergik bab-bab bilik berbau nie..lebih2 lagi bilik sendiri. Mereka-mereka nie mmg jenis pengemas dan pembersih orangnya. Tetapi di dalam ISLAM pun memang dititikberatkan tentang penjagaan kamar tidur nie, expecially orang yang sudah berumahtangga..Tapi susah sebenarnya nak kekalkan kecantikan, kewangiaan dan kerahsiaan kamar tidur nie..lebih-lebih lagi rumah tu dihuni dengan ramai orang dan ada pulak anak-anak kecil..Faham2 jelah..Kekadang tension juga, sebab bila dah ramai orang dalam satu rumah, rumah tu dah tak jadi tempat privacy kita. Semua part dah orang tengok terutama bilik tidur..sabar jelah kan!!! Jom kita tengok bagaimana cara mudah untuk mengharumkan bilik tidur daripada berbau tanpa perlu membeli minyak wangi yang mahal.

1) Ambil beberapa biji limau kasturi yang anda beli tak kisahlah kat kedai ker, kat pasar pagi ker....belah dan letak di setiap sudut di dlm bilik . Haruman limau itu kan sebenarnya dapat menyegarkan suasana bilik tau..bak org kata bilik bau semerbak  kasturi..hihihihi


2) Anda sediakan pelbagai bunga termasuk daun pandan..Ricih-ricih atau potong halus dan jadikan macam bunga rampai yang orang buat utk kahwin tu. Letakkan dalam bekas kecil dan letak sekeliling bilik. Hasilnya bilik akan jadi bau harum dan segar dengan pelbagai kehadiran jenis bunga.


3) Bagi anda yang tinggal di kampung pastinya di sekitar rumah anda terdapat daun pandan yang segar , Jadi manfaatkan tumbuhan semulajadi itu dengan memotong kecil2 letakkan dalam mangkuk atau bungkus dengan kain jarang. Letakkan di sudut bilik atau gantung kat kipas/penghawa dingin. pasti bilik anda akan berbau segar.


Info tambahan utk elakkan bilik berbau :-
} Jangan makan atau bawa sebarang makanan masuk di dalam bilik. Sbb nanti mengundang cik semut. Pastu satu lagi kalau lupa nak makan..bila makanan dah jadi busuk, bebau satu bilik.
} Jangan lupa buang sampah yang ada dalam bilik anda setiap hari.
} Selalu cuci cadar, selimut dan sebagainya ( Kalau  rajin, kalau malas 3 hari sekali)
}Hiaslah bilik tidur dengan bunga-bungaan segar agar baunya pun segar dan si suami pun bertambah sayang.
}Kemas dan sapu bilik setiap hari
}Buka tingkap setiap hari supaya pengaliran udara keluar masuk boleh berlaku.


ok..itu sahaja tip-tips nya, Selamat Mencuba ;)


Salam sayang, ZAM

No comments: