Doaku Ya Allah .

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhamu, kecantikannya adalah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu, perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah dan jika di bumi, keluarkanlah., jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikanmu, keindahanmu, kekuatanmu, kekuasaanmu, limpahkan kepadaku segala yang engkau telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.


Penghantaran akan dibuat keseluruh Malaysia/Luar Malaysia termasuk sabah dan sarawak. ;)

Tuesday 1 January 2013

BERLABUH SUDAH TIRAI 2012

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA...

Erhm..baru saya nak taip,  air mata dah mengalir dulu. Sebenarnya banyak kenangan manis dan pahit, sedih dan gembira sepanjang tahun 2012 nie..kadang kala apa yang terjadi sepanjang kehidupan saya tahun 2012 nie tak dapat diluahkan dengan kata-kata, hanya air mata sahaja yang dapat menunjukkan perasaan itu.

Tanggal 19.9.2012...adalah tarikh yang amat menyedihkan saya dan seluruh ahli keluarga..Saya dan suami kehilangan NURJANNAH dan mak,  abah dan mak mentua kehilangan cucunya.anak-anak saya kehilangan adik yang mmg dinantikan kelahirannya..Sesuatu yang amat memilukan dan memberi kesan kepada saya dan suami serta anak-anak yang lain sehingga hari ini.

Anak yang dikandung 8 bulan terpaksa di keluarkan dari rahim ibu ini sebelum waktunya. di atas masalah kesihatan yang saya hadapi. Hati ibu mana yang tak sedih, hati ayah mana yang tidak pilu..hanya Allah sahaja yang tahu..situasi waktu itu. Saya hanya berpeluang menatap dan memegang jari si kecil itu sebaik dia dilahirkan dan menciumnya sesudah dikapankan. Walaupun detik bahagia itu hanya dlm ms 5 jam sahaja, itu sudah cukup bahagia bagi ibu ini, sayang. Ayah terpaksa lakukan, membuat keputusan yang segera demi menyelamatkan salah satu nyawa samaada IBU @ KAMU..Ini semua sudah takdir tuhan, ketentuan dan perjalanan hidup kita sudah ditulis sejak azali lagi. Saya kena redha atas pemergiaannya kerana die sudah tentu bahagia disaner..BAGAIMANA AKU yang masih hidup ini, penuh dengan dosa dan khilaf..apa yang boleh saya ungkapkan "Tunggu IBU di pintu syurga sayang."

_________________________________________________

2013. bermulalah kerjaya saya yang baru..saya tinggalkan semua yang pahit, kini saya bergelar usahawan..walaupun baru berjinak-jinak dlm dunia perniagaan MLM nie, tetapi saya yakin berkat usaha berterusan serta doa yang tidak putus-putus, InshaAllah impian untuk menjadi USAHAWAN BERJAYA dalam genggaman. Biarlah waktu sahaja yang menentukan , janji kita ada misi dan prinsip dalam kehidupan. Mampukah kita utk besilang kaki apabila umur menjangkau 60 tahun nanti, sekiranya kita tiada pendapatan. ???Mungkin tidak dengan hanya makan gaji  dan hidup dengan duit pencen sahaja. Tetapi dengan MLM..kita mampu buat begitu..apabila empayar kita berkembang menjadi sebuah ladang Epal yang lebat dengan hasil buah-buahan, ketika itu tidak perlu risau lagi tentang pendapatan bulanan kita..ketika itulah orang sekeliling baru mengakui apa yang kita lakukan selama ini rupa-rupanya memberi pendapatan lumayan. Bermula dengan angka RM 20..tidak mustahil suatu hari nanti ia akan menjadi RM 20 JUTA.

_________________________________________________

Apa yang menarik mengenai BIZ ONLINE yang saya lakukan ini. Masa kita dengan anak-anak lebih terluang. Lagipun BIZ nie tak memerlukan kita untuk hantar report bulanan ker tahunan ker..meeting saner sini..tak tentu masa..tak macam kita kerja makan gaji nie yang mana masa terhad, apabila cuti kerja menimbun, naik cuti kepala mulalah serabut dengan office work yang tak pernah habis,.malah ada pulak yang kena bawak balik siapkan. Itu belum bab-bab kena marah lagi...Itulah kelebihan kerja sendiri nie..kita tak pressure ..tkder sapa nak marah kita..tkder saper nak push kita..kalau kita rasa nak banyak income..kita kena kerja lebih kuatlah..tp income yang kita dpt tu mmg berbaloi dengan apa yang kita usahakan..

BIZ SHAKLEE ini mmg sesuai utk WAHM mcm saya ..produknya mmg bagus dan berkualiti, jadi bukan susah untuk kita pasarkannya. Di malaysia produk SHAKLEE nie baru bertapak selama 20 tahun..apa yang boleh saya katakan disini, masih ramai yang tak tahu lagi psl produk nie..jadi peluang untuk kita menjana pendapatan itu terbuka luas...betul tak?? Dengan konsep marketing plan nyer yang mudah utk menjana pendapatan..mmg rugi sesiapa yang tak cuba utk berjinak-jinak dalam BIZ nie..apa yang penting kita kena tabah dan sabar dalam menghadapi apa jua tekanan dan masalah yang dtg..Dan apa yang menarik pasal Faedah menjadi Pengedar Shaklee nie, die bagi peluang utk suri rumah menjana pendapatan peribadi walaupun hanya bekerja dari rumah..Perasan tak sekarang kerajaan menaikkan nilai gaji minima ke RM 900.00..Kenapa ??? Sebab die nak tarik ramai golongan wanita keluar bekerja..Cuba anda bayangkan jika anda keluar bekerja dengan gaji begitu??NURSERY ??TRANSPORT???MKN ??MINUM??PAMPERS??..berapa anda akan laburkan utk itu??cukupker dengan RM 900.00 tu..Saya dah rasa semua tue..walaupun gaji saya sebelum nie mencecah RM 2K. tapi dah tolak itu ini, baki kat tangan ada la..cukup2 utk keperluan diri..SAVING???Jauh sekali..Tapi bagaimana pula shaklee bayar kat saya sekarang??Ini die BONUS hasil titik peluh anda..


Kalau kerja makan gaji..kenaikan setahun sekali, itupun kalau ada. Tapi di SHAKLEE kenaikan lebih dari 100% hasil yang anda dapat..Dah tu pula kenaikan bukan tunggu setahun sekali..tetapi tiap-tiap bulan..Jadi tidak hairanlah ..orang yang makan gaji pun turut mengambil peluang ini untuk menambah pendapatan..JADI kenapa tidak kita yang bergelar WAHM nie..orang kata TEPUK DADA tanyalah SELERA.
Okaylah mata pun dah ngantuk nie..letih hari nie.sebenarnya..separuh hari..menemani si abang utk orientasi hari pertama di SK Subang Bestari..bagi kawan-kawan yang sudah menceburkan diri dengan SHAKLEE nie..saya ucapkan tahniah kerana anda berjaya mencipta sejarah sendiri dan "SEE U ON TOP "