Doaku Ya Allah .

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhamu, kecantikannya adalah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu, perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah dan jika di bumi, keluarkanlah., jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikanmu, keindahanmu, kekuatanmu, kekuasaanmu, limpahkan kepadaku segala yang engkau telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.


Penghantaran akan dibuat keseluruh Malaysia/Luar Malaysia termasuk sabah dan sarawak. ;)

Thursday 13 December 2012

KEJAYAAN DALAM HIDUP, IMPIAN MANUSIA SEJAGAT

Hidup manusia sangat bermakna apabila kejayaan dapat dikecapi dengan mudah. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih. ia merangkumi kesempurnaan dari segi pelajaran, kerjaya, perkahwinan dan juga kesenangan hidup. tidak semua insan bernasib baik memperoleh apa yang diingini. Harapan dan doa amat disarankan agar Allah mendengari apa yang kita kehendaki. dia Maha Mengetahui dan akan berikan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Kenyakinan yang tinggi perlu ada kerana anda akan berserah pada Allah selepas menjalankan segala usaha yang diperlukan. Bagaimana untuk berjaya dalam hidup?

1) Letakkan sasaran
 Selalunya orang akan berkata jangan terlalu mengharap apa yang kita kehendaki akan digenggam sama ada untuk jangka waktu yang sekejap atau pun lama. Sasaran disini bermaksud matlamat . Setiap apa yang kita lakukan perlu ada sasaran dan matlamat utk berjaya.
Tidak salah untuk meletakkan sasaran yng tinggi tetapi perlu disertakan dengan usaha yang jitu. Jangan mudah selesa dengan kedudukan sekarang kerana anda tidak tahu apa yang menanti anda di kemudian hari. Sebagai contoh, anda seorang arkitek yang berjaya dan sudah mempunyai firma akitek sendiri. Nama anda sudah terkenal di pelusuk tempatan. maka anda perlu membuat sasaran untuk berada di tahap yang lebih tinggi untuk mencipta nama di persada antrabangsa pula. tidak mustahil rancangan anda ini akan terlaksana kerana hanya Allah SWT yang tahu segalanya.

2) Perlukan sifat cemburu
Jangan  pandang negatif dengan maksud cemburu. Untuk maju ke hadapan, kita perlu cemburu dengan kejayaan orang lain. jika orang lain boleh melakukan maka kita juga boleh buat perkara yang sama kerana masing-masing insan biasa yang dikurniakan Allah SWT dengan pelbagai kemahiran.
Kita perlu asah bakat yang kita ada. Jangan biarkan ia terkubur sahaja tanpa sebarang tindakan. Sifat cemburu ini perlu ditanam dalam diri agar kita rasa tidak senang melihat kejayaan orang lain maka kita akan mengambil langkah utk buat yang lebih baik drp mereka. Bukannya menimbulkan sifat dengki hingga menjatuhkan saingan anda dengan cara yang tidak elok serta dilarang oleh islam.

3) Jangan cepat berpuas hati
Cepat berpuas hati sama seperti cepat putus asa cuma berlainan keadaan. Memang diakui anda sudah berjaya memperoleh kedudukan, kekayaan dan aset beribu-ribu ringgit ntetapi itu bukanlah tahap anda patut berhenti mencari rezeki. usah terlalu membezakan kehidupan anda dengan mereka yang lebih bawah jika ingin berjaya.
Ini kerana ia akan mematahkan semangat apabila melihat kesusahan orang lain. Ia juga boleh menjadi pendorong untuk anda terus menapak ke hadapan.
Cukup sekadar untuk anda dan orang tersayang. bagi juga peluang kepada orang lainuntuk berjaya seperti anda. Berusaha lebih bagi membantu mereka yang memerlukan. Sebagai contoh, anda seorang usahawan berjaya dan terkenal di seluruh negeri.
Sifat murah hati anda terserlah apabila anda banyak bersedekah dan membina masjid, rumah kebajikan atau pun menjadi penyumbang kepada bahan-bahan sosial yang memerlukan dana untuk membantu mereka yang memerlukan.

4) Membuat persoalan positif
Ramai mereka diluar sana yang jatuh tersungkur kerana sentiasa berfikiran negatif. hanya berfikir segala perkara yang menjatuhkan semangat untuk berjuang. Contohnya, mengapa aku gagal? Mengapa orang lain tidak suka pada aku? Kenapa aku tidak boleh berjaya? Kenapa aku sentiasa dihurung malang.
Soalan-soalan  begini acapkali keluar dari hati orang-orang yang cepat ptutus asa. Anda yang ingin berjaya akan selalu mempersoalkan kehebatan diri. Antaranya apa yang perlu aku lakukan lagi utk berjaya? Apakah kemahiran dan bakat yang belum aku asah? Siapakah yang boleh membantu aku untuk berjaya dalam perniaagaan ini?
Nilai betul-betul soal hati anda. Jangan tersilap langkah hingga menjatuhkan sikap optimis anda. Berhati-hati dengan setiap persoalan yang ditimbulkan kerana ia juga mampu memberikan kesan yang tidak elok dalam hidup.

5) Mencabar diri
Ini merupakan aspek paling penting untuk anda terus berjaya. Bukan bermakna anda perlu bangga atau lupa diri dengan kesenangan yang anda miliki sekarang ini. Contohnya, sekarang ini anda bekerja kadet wartawan maka anda perlu cabar diri untuk usaha lebih mendapat jawatan penolong editor dan seterusnya ketua editor.
Jika anda mampu untuk memiliki kehidupan selesa kerana kekayaan yang dikecapi maka anda boleh teruskan. namun, perlu diingat selalu bahawa kesenangan yang diberikan hanya sementara sahaja. Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja jika menyalahgunakannya. Oleh itu, ibadat wajib perlu dilakukan sebelum anda mencabar diri untuk berada dikedudukan lebih tinggi. Ingat asal usul supaya anda tidak dibuai perasaan bangga diri yang melampau dengan kejayaan yang dikecapi.

salam sayang . ZAM




   
    

No comments: